Pages

Wednesday, October 6, 2010

OBJEKTIF PROJEK

Objektif projek ini ialah untuk memudahkan pekerja bagi menukar spring absorber kereta.Ini kerana cara penukaran pada masa kini tidak berapa sesuai dan ada kelemahannya.

gambarajah alatan penukaran spring yang terdapat pada masa kini

Selain itu, penggunaan tenaga pekerja diambil kira dalam menghasilkan rekabentuk ini. Ini kerana kaedah penukaran secara manual menggunakan kemahiran dan tenaga yang lebih. Dengan terciptanya projek ini, dapatlah mengurangkan penggunaan tenaga pekerja.

Monday, October 4, 2010

PENGENALAN PROJEK

Dalam industri permotoran pada masa kini,absorber memainkan peranan penting dalam menjalankan fungsinya. Setiap kenderaan mempunyai system absorber di mana fungsinya adalah untuk mengimbangi suatu kenderaan tersebut.

Daripada ini, saya mendapat ilham dalam merekabentuk satu alat yang boleh mempercepat dan mempermudahkan lagi proses penukaran spring absorber. Rekabentuk ini saya namakan sebagai Jack Shock Absorber. Namanya amat sesuai sekali dengan fungsinya iaitu untuk proses penukaran spring absorber.

Sasaran utama bagi rekabentuk ini adalah untuk bengkel-bengkel kereta. Penggunaan yang ringkas disertakan dengan rekabentuk yang amat menarik akan menjamin pasaran sasaran ini.

Cara operasinya amat ringkas sekali di mana pengguna perlu membuka absorber dari kenderaan dan kemudian diletakkan pada bahagian penolak dan penahan yang terdapat pada alat ini. Dengan bantuan system hidraulik, proses memampat spring akan menjadi lebih mudah.