Pages

Saturday, November 20, 2010

PERKEMBANGAN PROJEK

Setakat ini projek kami sudah menjangkau 95% siap. sedikit perubahan dilakukan pada projek kami di mana kami mengubah suai design pada bahagian penolak absorber.

proses fabrikasi dilakukan dibengkel mekanikal.

Wednesday, October 6, 2010

OBJEKTIF PROJEK

Objektif projek ini ialah untuk memudahkan pekerja bagi menukar spring absorber kereta.Ini kerana cara penukaran pada masa kini tidak berapa sesuai dan ada kelemahannya.

gambarajah alatan penukaran spring yang terdapat pada masa kini

Selain itu, penggunaan tenaga pekerja diambil kira dalam menghasilkan rekabentuk ini. Ini kerana kaedah penukaran secara manual menggunakan kemahiran dan tenaga yang lebih. Dengan terciptanya projek ini, dapatlah mengurangkan penggunaan tenaga pekerja.

Monday, October 4, 2010

PENGENALAN PROJEK

Dalam industri permotoran pada masa kini,absorber memainkan peranan penting dalam menjalankan fungsinya. Setiap kenderaan mempunyai system absorber di mana fungsinya adalah untuk mengimbangi suatu kenderaan tersebut.

Daripada ini, saya mendapat ilham dalam merekabentuk satu alat yang boleh mempercepat dan mempermudahkan lagi proses penukaran spring absorber. Rekabentuk ini saya namakan sebagai Jack Shock Absorber. Namanya amat sesuai sekali dengan fungsinya iaitu untuk proses penukaran spring absorber.

Sasaran utama bagi rekabentuk ini adalah untuk bengkel-bengkel kereta. Penggunaan yang ringkas disertakan dengan rekabentuk yang amat menarik akan menjamin pasaran sasaran ini.

Cara operasinya amat ringkas sekali di mana pengguna perlu membuka absorber dari kenderaan dan kemudian diletakkan pada bahagian penolak dan penahan yang terdapat pada alat ini. Dengan bantuan system hidraulik, proses memampat spring akan menjadi lebih mudah.

Wednesday, August 25, 2010

PENERANGAN JACK SHOCK ABSORBER

JACK SHOCK ABSORBER

Gambarajah di atas merupakan hasil rekabentuk kami yang diberi nama Jack Shock Absorber.Rekabentuk ini terhasil setelah mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna. Ia juga dapat dilaraskan mengikut ketinggian absorber (merujuk kepada bahagian penyelarasan).

Cara rekabentuk ini beroperasi dapat diterangkan melalui gambarajah yang saya sediakan di atas. Absorber kereta perlu diletakkan di antara bahagian penahan dan pemampat yang terdapat pada rekabentuk tersebut bagi proses penukaran spring absorber.

Setelah itu, pengunci akan mengunci absorber dari berlakunya sebarang kemalangan di tempat kerja. Dengan menggunakan jack hidraulik, bahagian pemampat spring akan memampat spring tersebut setelah mendapat tekanan dari jack hidraulik.

Bahagian penahan spring akan menahan daya yang terhasil dari proses mampatan itu. Akhir sekali, pengguna bolehlah membuka skru yang terdapat pada bahagian hujung absorber bagi menukar spring absorber kereta tersebut. Anak panah kecil yang terdapat pada gambarajah menunjukkan arah mampatan berlaku.